Thursday, March 13, 2008

Diantara perkara yg membatalkan wuduk adalah :

Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan.Perkara2 yg berkait dgn masalah ni adalah sprt berikut:


  • Hendaklah keduanya sudah mencapai had syahwat. Tandnya seperti kate Syaid Ahmad SYatiri (Pengarang kitab Nail Raja): Zakar sudah menegang bg lelaki dan ade keinginan syahwat bg wanita.

  • hendaklah keduanya bukan mahram.

  • Bersentuhan dgn rambut, bulu, gigi dan kuku tak membatalkan wuduk.

  • Yg menyentuh dan disentuh; kedua2nya batal.

  • Hendaklah sentuhan itu tidak berlapik.

  • Klu brsentuhan ngan mayat. maka hanya yg hidup sahaja batal. Mayat tak batal wuduk.
    Batal sentuhan walupun org yg tidur, yg dipaksa atau sentuh anggota yg tak berfungsi(sprti tangan yg lumpuh).

  • Batal wuduk dengan sentuhan sekiranya yakin dgn sentuhan itu. Klu tak pasti, was2, macam disentuh atau rase2 maka tak batal wuduk.

  • Batal dgn menyentuh anggota yg sudah bercerai ngan badan asal(Imam Ramli).
  • Jika ada org yg adil memberitahu adenya sentuhan maka ade 2 pendapat: 1. Batal (Imam Ibnu Hajar Haitami) 2. Tak batal (Imam Ramli)

Kesan Menyambut Maulid Nabawi

Sebahgian besar umat Islam telah menyambut hari kelahiran Baginda pd sabtu lepas dgn pelbagai cara sambutan... Namun yg paling utama ialah apakah kesan dr sebalik sambutan terhadap peristiwa yg amat bersejarah itu? Diantara kesan2 yg perlu ade ialah seperti berikut:-

1. Ketaatan yg sempurna pd Rasul.
Ini kerana ketaatan pd Rasul menunjukkan pd ketaatan pd Allah. Firman Allah yg bermaksud:
"Sesiapa yg taat pd Rasul maka sesungguhnya dia telah taat pd Allah ..."(An-Nisa': 80)
Cthnya bgaimana para sahabat br sahaja selesai perang Ahzab. Namun br sahaja mereka sampai rumah, Rasul telah mengeluarkan arahan untuk memerangi Yahudi Bani Quraizah. Para sahabat dgn patuhnya tanpa sebarang alasan terus pergi.
Lari dan brpaling dr hukum Allah dan Rasulnya adalah sifat org2 munafikin. Firman Allah s.w.t:
"Dan apabila dikatakan pd mereka marilah brhukum kpd apa yg dturunkan Allah dan Rasulnya engkau akan lihat org2 munafik sunguh2 bepaling dr mu.(An-Nisa: 61)

2. Kecintaan yg tinggi.
Nabi brsabda: Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dikasihi dr anaknya, bapanya dan seluruh manusia. (Hadis Sahih dlm Jamie Shogir)
Cthnya Thauban hamba rasul satu hr berjumpa baginda dlm keadaan pucat mukanya. Beliau dtanya oleh baginda sebab beliau pucat. Thauban menjawab:
HAi Rasul aku tidak ade ape2 penyakit..namun apabila aku xbrjumpa dgnmu aku berasa amat gelisah shnga aku brjumpa dgn mu.. Apabila aku teringat pd akhirat aku takut xdpt melihat mu. Kalau lah aku masuk syurga, syurgaku lebih rendah dr syurgamu; kalau aku xmasuk syurga aku xdpt melihat mu selamanya.. Maka turunlah ayat:
"Dan sesiapa yg taat pd Allah dan Rasul maka dia bersama2 org2 yg Allah berikan nikmat pd mereka dr kalangan para nabi, siddiqin, org2 syahid dan org2 yg soleh. Mereka adalah teman2 yg baik." (An-Nisa: 69)
Bersambung...
rujukan: Islam wal HUb: Dr Abdullah Nasih Ulwan.akhukumsalaman... Hayy 'Asyir...


ALAMAT WEB UNTUK SIRAH RASUL

1. M. Rahmat : http://matapiusim.blogspot.com/
2. Abdillah : http://abdillahusim.blogspot.com/
3. Haniff : http://rubbama-neversaydie.blogspot.com/
4. Mohd Afif : http://achik-professor.blogspot.com/
5. Abd. Rani : http://ABDRANISAPIAI.blogspot.com/
6. Abd. Karim : http://karimaj-rym.blogspot.com/
7. Zawani Ghazali : http://sixteenguidance.blogspot.com/
8. Rosliza Husin : http:// kosong.blogspot.com
9. Rosdiana : http:// kosong.blogspot.com
10. Naimah : http:// kosong.blogspot.com
11. Hirdayu : http://ayuDluffy.blogspot.com
12. Hikmah : http://guardiskaizen.blogspot.com/
13. Salmizan : http:// kosong.blogspot.com
14. Barokah : http:// kosong.blogspot.com
15. Samsida : http://nurushams-2311.blogspot.com
16. Noraini : http://norainiyaacob.blogspot.com/
17. Rozita : http:// kosong.blogspot.com
18. Azizah : http:// kosong.blogspot.com
19. Hayati : http:// kosong.blogspot.com
20. Adila : http:// kosong.blogspot.com
21. Zarina : http://sazrify.blogspot.com/
22. Rafidah : http:// kosong.blogspot.com
23. Sharmiza : http:// kosong.blogspot.com
24. Hakimah : http://www.hakimahahmat.blogspot.com/
25. Fadzrol : http://bdkpahang.blogspot.com/
26. Badli : http://badliey-lie.blogspot.com/
27. Faiz : http://ummulmukminin.blogspot.com/
28. Redzuan Ganu : http://wangsganu.blogspot.com/
29. Hizwan Waja : http://hizwan626.blogspot.com/
30. Khairil : http://budak-khairil.blogspot.com/
31. Budiman (Maan) : http://bdk-bekgler.blogspot.com/
32. Solihin (BN) : http://ainn-sirahrasul.blogspot.com/
33. Rusydi : http://akurambo.blogspot.com/
34. Norazira : http://www.fazieyrain86-zieyraain.blogspot.com/
35. Aminurrashid : http://angah87.blogspot.com/
36. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
37. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
38. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
39. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
40. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
41. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
42. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
43. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
44. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
45. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
46. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
47. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com
48. (Kosong lagi) : http:// kosong.blogspot.com

Peperangan Bani Quraizah


Peperangan ini berlaku pada bulan Zulkaedah tahun kelima hijrah selepas perang Ahzab atau Khandaq pada bulan Syawal. Di dalam kedua kitab Sahih (Bukhari dan Muslim), disebutkan bahawa setelah Rasulullah SAW pulang dari peperangan Khandaq, baginda terus meletakkan senjatanya dan bersuci. Kemudian Jibril AS menyusuli Rasulullah SAW lalu berkata: "Engkau telah meletakkan senjata? Demi ALLAH kami tidak akan meletakkannya. Keluarlah engkau kepada mereka!" "Ke arah mana?" tanya Rasulullah SAW. Jawab Jibril AS: "Di sana" sambil menunjukkan ke arah Bani Quraizah lalu Rasulullah SAW pun keluar menuju ke tempat mereka.

Di dalam peperangan ini juga, wujudnya khilaf di kalangan sahabat. Ianya berlaku bila Rasulullah SAW menyeru tentera Muslimin agar solat Asar di perkampungan Bani Quraizah. Bila masuknya waktu Asar, ada sebilangan sahabat yang bersolat untuk menjaga awal waktu dan sebahagian lagi tidak bersolat untuk menyahut seruan Rasulullah SAW. Bila hal ini dikemukakan kepada Rasulullah SAW, baginda tidak memarahi mana-mana bahagian. Dengan perlakuan Rasulullah SAW menunjukkan bahawa syara' mengharuskan ijtihad dalam masalah furu' dan pasti berlaku perselisihan pendapat mengenainya.


Fakta Perang:

- 3ooo tentera Muslimin bersama 36 ekor kuda.

- Rasulullah SAW telah mengepung perkampungan Bani Quraizah selama 25 malam. Ada pendapat yang mengatakan selama 15 hari sahaja sehinggalah Bani Quraizah terasa lemah dengan pengepungan dan ALLAH SWT mencampakkan kegerunan di hati mereka.

- Turunnya ayat 26-27 surah al-Ahzab semasa peperangan ini.

- Setelah Bani Quraizah menyerah kalah, Rasulullah SAW melantik Sa'ad bin Muadz RA menjadi hakim untuk menentukan hukuman di atas kesalahan Bani Quraizah. Hukuman yang dijatuhkan: Para penentang (lelaki) dari kalangan mereka semuanya dibunuh dan perempuannya ditawan. Sabda Rasulullah SAW: "Engkau telah menjalankan hukuman dengan hukuman ALLAH SWT."