Peperangan ini berlaku pada bulan Zulkaedah tahun kelima hijrah selepas perang Ahzab atau Khandaq pada bulan Syawal. Di dalam kedua kitab Sahih (Bukhari dan Muslim), disebutkan bahawa setelah Rasulullah SAW pulang dari peperangan Khandaq, baginda terus meletakkan senjatanya dan bersuci. Kemudian Jibril AS menyusuli Rasulullah SAW lalu berkata: "Engkau telah meletakkan senjata? Demi ALLAH kami tidak akan meletakkannya. Keluarlah engkau kepada mereka!" "Ke arah mana?" tanya Rasulullah SAW. Jawab Jibril AS: "Di sana" sambil menunjukkan ke arah Bani Quraizah lalu Rasulullah SAW pun keluar menuju ke tempat mereka.
Di dalam peperangan ini juga, wujudnya khilaf di kalangan sahabat. Ianya berlaku bila Rasulullah SAW menyeru tentera Muslimin agar solat Asar di perkampungan Bani Quraizah. Bila masuknya waktu Asar, ada sebilangan sahabat yang bersolat untuk menjaga awal waktu dan sebahagian lagi tidak bersolat untuk menyahut seruan Rasulullah SAW. Bila hal ini dikemukakan kepada Rasulullah SAW, baginda tidak memarahi mana-mana bahagian. Dengan perlakuan Rasulullah SAW menunjukkan bahawa syara' mengharuskan ijtihad dalam masalah furu' dan pasti berlaku perselisihan pendapat mengenainya.
Fakta Perang:
- 3ooo tentera Muslimin bersama 36 ekor kuda.
- Rasulullah SAW telah mengepung perkampungan Bani Quraizah selama 25 malam. Ada pendapat yang mengatakan selama 15 hari sahaja sehinggalah Bani Quraizah terasa lemah dengan pengepungan dan ALLAH SWT mencampakkan kegerunan di hati mereka.
- Turunnya ayat 26-27 surah al-Ahzab semasa peperangan ini.
- Setelah Bani Quraizah menyerah kalah, Rasulullah SAW melantik Sa'ad bin Muadz RA menjadi hakim untuk menentukan hukuman di atas kesalahan Bani Quraizah. Hukuman yang dijatuhkan: Para penentang (lelaki) dari kalangan mereka semuanya dibunuh dan perempuannya ditawan. Sabda Rasulullah SAW: "Engkau telah menjalankan hukuman dengan hukuman ALLAH SWT."
5 comments:
Salam..
tu je ker fatta2 perang dalam islam. simple sgt lah..harap blh tmbh lg..tahniah lah dapat jgk siap kn blog..
wasssalam..
salam...tahniah sbb blog dah siap..jdkn stiap pkerjaan itu satu ibadah..truskan prjuangan..
salam..
em bagus..tp pndek sgt la citer ni..ke ad smbungn lg..hehe..
pape pn thniah..
syukran..
jgn lupe komen ana lak ek..
salam.mengapa selalu kita dengar islam itu mundur????sedangkan sejak zaman rasullullah telah wujud kehebatan dan keungulan islam.cthnya melalui perang2 yang telah berjaya mencapai kemenangan yang besar.so sebagai umat islam kita harus mempertahan agama kita dari terus di tindas.berjuanglah demi islam...wassalam
nicework,nicejob,nicestory...
keep trying da best ya..
n mehla kte sma2 amik pengajaran dari kisah ni ek..
smoga ia mberi manfaat kpd kite sume:D
bittaufiq wannajah..
chaiyoo!!
p/s: jgn lupa komen blog sy tau:D..
Post a Comment